
Serdang, 12 September 2025 – Kompleks Biorefineri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Norhayati Ramli daripada Jabatan Teknologi Bioproses atas kejayaan memfailkan hak cipta bagi karya ilmiah bertajuk:
"Step-by-Step Guide to Sample Preparation and Metatranscriptomic Analysis of Wastewater"
No. Pensijilan: LY2025W08266
Pendaftaran hak cipta ini merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan akademik beliau dalam bidang mikrobiologi alam sekitar dan analisis air sisa. Karya ini menjadi rujukan praktikal yang penting kepada penyelidik, pelajar pascasiswazah dan pengamal industri dalam memahami ekspresi gen mikroorganisma dalam sistem air tercemar.
Kompleks Biorefineri mengucapkan syabas kepada Dr. Norhayati atas pencapaian ini, yang turut memperkukuh usaha universiti dalam menjadikan ilmu pengetahuan sebagai aset intelek yang terlindung dan berdaya guna tinggi.
Tarikh Input: | Kemaskini: |

Kompleks Biorefineri, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Jalan Satelit, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia