Lawatan Daripada Yokohama Science Frontier (YSF), Jepun | BIOMASS & BIOREFINERY
» BERITA » Lawatan Daripada Yokohama Science Frontier (YSF), Jepun

Lawatan Daripada Yokohama Science Frontier (YSF), Jepun

12 Januari 2024

Sebanyak 22 pelajar dan dua guru dari Yokohama Science Frontier (YSF) Jepun telah menjalankan aktiviti penyelidikan di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) UPM baru-baru ini.

Pensyarah Kanan FBSB UPM, Dr. Ahmad Muhaimin Roslan berkata, selama dua hari delegasi YSF di UPM, pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan seperti lawatan ke kilang sawit Seri Bandar Palm Oil Mill Sdn Bhd.

“Pada hari kedua, para pelajar telah mengikuti Program Pemindahan Ilmu (ID) berkaitan nanoselulosa yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Hidayah Ariffin.

“Sepanjang program itu, terdapat juga penglibatan dari pelajar dan staf FBSB, yang kemudiannya dijemput untuk membentangkan penyelidikan mereka di YSF-Forum for International Research in Science and Technology,” katanya.

Kerjasama baik antara UPM dan YSF Jepun ini telah mula terbentuk selepas Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani pada 17 Mac tahun lepas.

Lawatan delegasi YSF secara tidak langsung menyokong Matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021-2025, iaitu melahirkan graduan yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan. 

- UPM

Tarikh Input: | Kemaskini: |

PERKONGSIAN MEDIA

BIOMASS & BIOREFINERY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691182
03-97691184
X, (01:22:14pm-01:27:14pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]