PELANCARAN LOGO RASMI KOMPLEKS BIOREFINERI
Serdang, 15 Februari 2025 – Kompleks Biorefineri Universiti Putra Malaysia (UPM) secara rasmi melancarkan logo baharu yang kini menjadi identiti rasmi Kompleks Biorefineri. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Kompleks Biorefineri, menandakan langkah penting dalam memperkukuh imej dan hala tuju strategik pusat penyelidikan ini.

Logo baru Kompleks Biorefineri
Logo baharu ini direka oleh dua pelajar pascasiswazah berbakat, Tan Pei Qin dan Izzati Sabri, yang menzahirkan nilai teras penyelidikan biomas dan biorefineri melalui gabungan elemen warna dan reka bentuk yang bermakna. Warna kelabu melambangkan kebijaksanaan, ketelitian dan profesionalisme yang menjadi asas penting kepada para penyelidik, manakala warna hijau mencerminkan kelestarian, penyelidikan hijau dan inovasi demi masa depan yang lebih baik. Reka bentuk garis bangunan pula diilhamkan daripada struktur sebenar Kompleks Biorefineri, menjadikannya simbol yang unik dan mudah dikenali.

Penerangan untuk setiap warna di dalam logo Kompleks Biorefineri
Logo ini mencerminkan komitmen berterusan Kompleks Biorefineri dalam memacu penyelidikan dan inovasi lestari dalam bidang biorefineri dan penggunaan biomas. Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas kejayaan mencapai satu lagi pencapaian yang membanggakan ini.
Tarikh Input: 04/09/2025 | Kemaskini: 04/09/2025 | athiyah

Kompleks Biorefineri, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Jalan Satelit, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia