Pengiktirafan The World’s Top 2% Scientist | BIOMASS & BIOREFINERY
» BERITA » Pengiktirafan The World’s Top 2% Scientist

Pengiktirafan The World’s Top 2% Scientist

 

Tahniah diucapkan kepada penyelidik bersekutu dan penyelidik interim daripada Institut Kajian Perladangan iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan, Prof. Dr. Tan Chin Ping, Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus dan Prof. Ir. Dr. Wan Azlina Wan Ab. Karim Ghani di atas pengiktirafan sebagai World’s Top 2% Scientist (Single Year Achievement). Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan dan Prof. Dr. Tan Chin Ping juga diiktiraf sebagai World’s Top 2% Scientist (The Career Achievement).

Senarai World’s Top 2% Scientists dibangunkan oleh penyelidik daripada Universiti Stanford, dimana penyelidik daripada serata dunia dipilih berdasarkan petunjuk sitasi piawai (maklumat bilangan sitasi, H-index dan sebagainya). Institut Kajian Perladangan mengucapkan tahniah kepada penyelidik bersekutu dan penyelidik interim yang berjaya meraih pengiktirafan yang membanggakan ini.

 

 

Tarikh Input: 11/01/2022 | Kemaskini: 11/01/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

BIOMASS & BIOREFINERY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691182
03-97691184
W, (07:10:33am-07:15:33am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]